Anugerah Kelahiran....
Hari Ulang Tahun Kelahiran ku yang ke 30 lebih sikit. T_T
Rasa Bersyukur sesangat pada yang Maha Esa kerana memanjangkan Umurku..
Walaupun Umur ibuku sendiri rasanya tidak mencecah 30an, dia pergi menemuimu Ya Allah. Semoga roh Ibu ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman. Dan semoga roh ibu juga tenang dan aman disana.
Al-Fatihah untuk Ibuku, Kamsiah Binti Jaafar, Walaupun kepergiannya semasa umurku cuma 2 tahun lebih....
Susahnya hidup tanpa ibu kandung...
Didik oleh nenek yang sangat garang, Abang dan kakak tiri walaupun satu ayah tapi kami semua tetap berbeza.
Teringat waktu kecil-kecil dulu, hidup susah....
Nak buat milo secawan pun takut nenek marah.
Pantang berbunyi sudu dan gelas berdenting pasti kena jerkah.
Baju pulak jangan harap la nak dapat yang baru. Baju sekolah ke, baju raya ke, baju basahan ke... semuanya kira kitar semula.
Aku anak perempuan yang terakhir, kira baju tu hampir lusuh, baru aku pakai. Lepas aku kaklau baju tu cantik lagi biasanya sedekah kat orang lain pulak. Kalau tak jadi kain buruk, buat alas kaki
Bertuah sungguh anak-anak sekarang. baju tak sempat koyak pun dah jadi kain buruk.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada....
Hargailah orang yang kita sayang sementara dia masih ada....


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home