Sunday, April 22, 2012

Manik Terkini Selepas Sunami...

Salam sejahtera buat semua pembaca yang setia...
Hari ini efa masukan gambar terbaru jahitan manik selepas sunami melanda ....
Semoga tidak terjadi lagi sunami yang sama....

Baju ni tak de bunga, tapi bila di pakai dengan kain yang bercorak.
Untuk menjadikan baju dan kain lebih serasi, efa buat coraknya seakan-akan corak di kain.
Terutama sekali pada warna labucinya.
Jelas sikit kan....
Boleh lah guna untuk buat baju sendiri.....
Kalau nak belajar efa tak pandai ajar, sebab jahit manik ni kena tekun & sabar.
Baju ni tuan punya badan cuma nak buat kat tangan sahaja.
Efa  lebih suka corak dibuat diatas tangan, sekiranya dibuat di bawah tangan,
apabila kita meletakkan tangan diatas meja, corak tersebut akan menyakitkan belakang tangan kita.
Tu la tip untuk hari ini, kalau para pembaca nak tanya apa-apa bolehlah click comment
dan hantar kan e-mail kepada saya.
Atau boleh juga e-mail kan saya ke effamohamednoor@gmail.com
Jangan la malu-malu kalau nak tempah, sebab biasanya charge bayaran kurang dari RM100.00
Sebab butik efa belum ada lagi. Cuma buat secara sambilan je.
Kalau ada rezeki nanti, boleh la buka "Effa Butik Yang Cun".
Cey nama Cun memang tak boleh tinggal. Bila guna nama tu rasa cun je memanjang.
Perasan je, pembaca jgn la meluat pulak.
Ok lah dah melalut pulak ni. Jangan lupa nantikan Baju Pengantin Dari "Effa Butik Yang Cun".
Tunggu.....

No comments:

Post a Comment