Makan Kenduri Cara Dolu-dolu....
Pada 25hb Jun 2011, Abah membuat kenduri Tahlil. Untuk Menyambut Bulan Ramadan.
Tapi apa yang effa nak citer pada sumer ialah, Makan Kenduri Cara Dolu-Dolu.
Zaman Sekarang ni kalau kenduri biasanya self services. Ambil nasi dan lauk pauk terus cari tempat nak duduk, makan dan balik.
Tapi abah masih kekalkan cara lama tu, sebab bila diperhatikan banyak nilai-nilai murni yang kita dapat, tengoklah!
Buah tembikai dan nenas disusun bersama, menampakkan kecerian warna disini.
Cantikkan....
Kendi air yang telah siap diisi air, bagi memudahkan tetamu yang hadir untuk membasuh tangan tanpa perlu ke singki.
Beberapa Mangkok Nasi yang masih kosong tunggu diisi.
Sedulang berbagai aneka lauk, yang telah siap di susun.
Ni lauk orang jawa, sedap kan....
Bermulalah majlis tahlil......
Sempat pose dengan anak saudara masa tahlil tadi....
Inilah nilai-nilai murni yang diperkatakan,
berkerjasama dalam urusan menghidang makanan.
Tengok abang-abang hensem yang datang membantu, walaupun kena panggil baru datang he he he.... tolong jugakkan..
Makcik-makcik juga sibuk membantu....
Nilai murni yang terdapat disini, kalau kita makan ambil sendiri, kita tak sempat nak berjumpa dengan orang lain. Kalau makan dihidang begini hubungan kejiranan menjadi lebih mesra... (sambil makan mereka bercerita)
Cantikkan suasana begini.... semua makan tanpa segan untuk tambah nasi. Kalau self servis tu kita malu nak ulang tambahkan.
Inilah ibu-ibu yang banyak membantu dalam penyediaan makanan.
Hebat meraka semua, ringan tulang.....
Nilai murni yang terdapat disini sambil menghidang sambil bertukar-tukar resepi baru ha ha ha...
Ini cik rubiah, memang rajin acik ni, masak pun pandai. Kecik-kecik dulu selalu singgah rumah acik ni makan nasik. Semua lauk yang dia masak sedap-sedap belaka. Terima kasih cik yah, jasamu dikenang.
Tak cukup di ruang tamu, ruang nak ke dapur pun penuh dengan jiran dan sedara mara.
Meriahkan....
Anak-anak yang menghormati orang tua mereka, makan diluar dan tak mahu mengganggu orang dewasa makan di dalam rumah.
Enjoy!
Pose lagi selepas semua tetamu pulang... apa lagi kasi kemas le....
bye...:-)






















0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home