Wednesday, September 28, 2011

Sound System.

Dalam dunia ni memang banyak jenis sound yg ada, sound tak happy, sound jelosyy, sound tak sodap, semua tu boleh mendatangkan kemudaratan.
Kalau sound gurau-gurau lemak merdu ok la jugak! ni sound tepat takde kona-kona ni, masaalahnya kalau benda yang dia dengar tu betul tak apa la pulak. Kang kalau salah dah malu sendiri.
Ni gambar setan nak pergi kerja, nampak tak garfu yang dia bawak tu?
Ha tu la kerja setan - suka cucuk hati orang, jadi benci, jadi jeles, jadi iri hati & sama waktu dengannya. Ko ada garfu cam tu?


Akak memang faham perangai manusia ni, Bak kata Hanis Zalika dalam Belong dia

"Saya juga aware situasi di mana haters, kalau tak dapat goyangkan dia punya target, dia akan shift kepada the partner. Jadi kalau orang benci/menyampah/meluat/geram/tak puas hati dengan saya"
Kalau kita dengar si polan A haters kat si polan B, kita jangan lah ikut je cakap si polan A. Sebab kita pun tak pasti lagi siapa yang benar dalam hal ini. So kena la kita selidik dulu, jangan main sound system rosak kat orang.
Bila kita gaduh dengan si polan B, manakala si polah A bersorak keriangan kerana dapat balas dendam melalui kita. Siapa yang rugi & sakit hati? kita jugak.



Ni la Si polan A yang happy bangat bila dah buat orang lain gaduh. Dah memang perangai setan la katakan, nak buat macam mana......
Alih-alih kita tengok si polan A & si polan B boleh makan suap-suap lagi. Apa yang kita rasa sekarang?
Moral of the story :-) Jangan lah kita mudah mendengar ayat-ayat benci dari satu kawan kepada kawan yang lain. Takut nanti kawan makan kawan.
Betul ke apa yg aku merepek ni. Lantak janji pembaca tak ikut perangai seperti diatas, okey.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home