Friday, May 18, 2012

Selamat Hari Ibu & Hari Guru...

"Selamat Hari Ibu " buat mak...
Walau pun mak dah lama pergi meninggalkan akak...

Tahun ni Hari Ibu disambut di Restaoran Cerana.
Kasi Layan sket gambar di bawah...
Tu dia waktu memesan menu - muka manis tapi jangan percaya
"Sumer tu tengah control ayu - padahal perut dah berdenyut mintak nasik"
Kasi layan lagu dulu selepas pilih ikan Siakap & Kerapu.
Sotong & Udang besar-besar tak hingat.....
Ambik sampai lupa orang belakang he he he
Teruk sangat!!
Suatu ketika dulu majalah GILA-GILA memang hangat kat pasaran.
Ni antara pelukis Majalah tersebut "Mr Kulat" kalau awak sumer nak tahu...
Akak dulu pun pernah glamer dengan majalah tu.
Asalnya akak hantar soalan kat PROFESSOR SERBA TAHU kalau korang pernah baca la.

Soalannya berbunyi "Apa akan jadi bila manusia boleh nampak angin?"
So nama pun keluar lah kat majalah gila-gila tu.
Tapi ada satu rahsia he he he
"Masa tu gatal guna nama samaran Nor Azizah" fewwet!

Apa lagi penuh la peti surat rumah bapak akak kat
No. 160 Jalan Kenanga, Pasoh 3 dot! dot! dot!
Sumer nak berkenalan tu, perh! bukan main glamer anak Mad Noor masa tu.

Tapi itu sumer dah berlalu.
Masa tu umur baru darjah 6 nak masuk tingkatan 1.
Baru nak belajar gatal he he he.

Sekarang dah 25 tahun berlalu....
(aik ramai pulak yg ambik calculator nak kira umur akak)
Anak pulak dapat jumpa antara pelukis kartun tu.
Akak dulu pernah gak jumpa UJANG yg peneraju majalah ujang tu le.
Masa tu dia pernah datang kat
 "SEKOLAH MENENGAH BATU KIKIR"
Negeri mana?
Cari la sendiri kat google kan ada...

Dengan rasa KEMBANG HIDUNG dia dapat bergambar dengan pelukis kartun.
Dah le dia memang suka melukis kartun.
Kena la salam lebih sket ambik berkat.
Kalau nak tahu bakat melukit si MUHAMMAD ni
lawat belong "mohdizzathafizi.blogspot.com"
banyak le gambar yg dilukis secara copy & lukis dari majalah

Penat citer SAMPAI DAH HABIS MAKAN
Time cungkil gigi.
Akak tengah kira duit tu, takut tak cukup nak bayar.
Kang tak pasal kena cuci pinggan & mop lantai la pulak.
Tapi menu memang MANTOP!
KELAS KO CERANA!
Ala tak sempat nak simpan tuk korang sket.
Habis dah sumer kena bedal.
Ok la ye. Selamat Mencuba!!!

Awas Peringatan: Semasa mengambil bahan mentah jgn terlalu tamak.
Kerana setiap kilo ikan itu berharga termasuk tahinya sekali.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home