Friday, January 28, 2011

Home Made Moist Fantasy Choclate Cake



Home Made Moist Fantasy Choclate Cake

Weight 1.2kg
Package Beautifully in Box
Tooping Withe Choclate and White Grated Choc
Cheap and Tasty
Delivery to Your Door Step (KL area only)
Can Be Packed as Desired.
Moist Fantasy Choclate Cake,

Dengar nama je dah rasa nak makan kan?
Tapi yang ni bukan akak buat dik. Akak tak pandai masak cake ni, keras tangan. he he
Cake ni kawan akak yang buat, akak tolong iklan kan je....

Rasa? akak dah rasa dah cake ni nyam, nyam memang sedap..... cuba la ","

Tuesday, January 25, 2011

Manik Blink-Blink


Manik kali ini dijahit dihadapan baju mengikut corak bunga yang ada, memang menarik akak suka yang ni. Kalau dah penuh satu badan makan masa la sikit le. Akak buat dengan tulang empat kerat dik. Cewah...



Manik tabur, biasa akak tak ambik kalau jenis ni. Bukan apa takut tak dapat nak siapkan, rasa cepat bosan. Yang ni akak buat dua bijik sekali jahit, nampak lebih panjang dan cepat siap. Tapi ambil masa jugak le....




Yang ini memang kerap orang mintak. Akak buat atas permintaan tuan punya baju, dan akak tambah le ekor sikit bagi nampak penuh.Memilih warna memang memeningkan kepala, walaupun dah dapat corak tapi kalau warna tak kena, sah-sah tak menawan dan tak debom gitu.




Matahari, nama yang akak berikan pada manik ni. Memang senang nak buat ni tapi kena pandai corakkannya. Ringkas tapi menarikkan Ye tak? Jawap yeee sekarang.



Corak dan warna yang ni tak berapa nak naik, Idea tengah kosong, baju nak cepat ini la jadinya. Maafkan akak ye dik, walaupun adik cakap cantik tapi kat mata akak ianya nampak biasa je. Betulkan? Mesti ramai yang stuju dengan pendapat akak ni :-)

Buat adik-adik, kakak-kakak, semua rajin-rajin lah singgah ye.


Kalau rasa nak tempah tu boleh le email kan ke :) effamohamednoor@gmail.com


 

                                                             

Saturday, January 22, 2011

Anugerah Skrin 2010.

Pertama kali akak ke Anugerah Skrin. Pengalaman yang bagus untuk dikongsi.
PWTC, tempat yang dituju, terbangak-bangak cari kat mana la dewan ni?
Kang lalu kat atas carpet merah orang ingat akak artis baru la pulak. Nak tak nak terpaksa la akak pusing 1 round, turun tangga baru jumpa 1 anak dara & sorang lagi mak dara tengah baik tegak berdiri depan Ariani Butik (Macam Model Patung).


Bila dah jumpa, masing-masing nak cari tandas......
Masa untuk touch up, muka dah berkilat, Cap cap cap ha ok dah siap cantik kan.
      


Lepas ni kemana? Ha naik le eskelator tu sampai tingkat 4. Terbangak lagi cam kerang busuk sambil possing dulu depan tu. Muka malu tapi buat selamber deq, sesaje le pose.


Naik Lif sampai tingkat 5, alamak kosong! tak orang cam mana ni...
Nasib ada abang body kat depan pintu lif tu. Dengan muka selamber je tanya "Bang kat mana pintu masuk?" Jawab abang body " Naik atas tu pusing belah kiri, tapi sekarang blum buka lagi, Jam 8 baru buka."  Orait apa lagi info dah dapat, tempat dituju pun dah tahu sekarang masa untuk isi perut dulu yang dari lepas lunch kat offices tadi sampai ni belum isi lagi.



Tengok! masa makan pun nak pose. Bukan makan ape pun Nasi Lemak & Chiken Pai je. Tapi kalau makan kat sini nasi lemak pun kira great gak arh, walaupun ngan air mineral je  hik hik. Mak Dara ni pose sebab ada pelakon yang tak dikenali kat belakang tu. Maaf kan akak pelakon tak tahu name... -.-. Tapi tahu gak aaa tajuk citer dia "Tari Tirana" ala yang jadi cikgu.


Lepas je makan apa lagi dengan muke yang terhegeh-hegeh panggil pelakon yang akak tak tahu nama tu nak minta tangkap gambar. Gambar akak tak cantik ha tengok le gambar anak dara (nani) & mak dara (mas) ngan pelakon tu. Tinggi mak ai.

Mas ko nampak tambah comel @ cetot je dalam ni. Jangan marah mas :-)


Pose lagi, yang ni Redza ada berlakon dalam filem yang Syamsul Yussof bikin tu. Tajuknya kalau tak silap "Evolusi KL Driff". Betul tak? Kalau betu kata ye. (ye ...konon ramai le jawab)
Rasanya masih ramai tak kenal Redza lagi, akak pun masa nak ambil gambar ni siap tanya dulu nama dia. hu hu hu. Cian dia sebab blum glammer lagi....kot...
Rasa macam dah mabuk pelakon masa tu pusing kanan ha ni dia yang paling comel, Freda. Pusing kiri pulak nampak Wan Norazlin (yang nie akak memang kenal giler).

Comelkan! aik bukan akak dan Norazlin. Tapi yang kat belakang yang berbaju hitam tu tumpang interframe sekali. Masa tu Cik Wan tu nak cepat so akak sorang je yang dapat pose maut camtu he he. Yang tinggal sekerat tu  rasanya body guard atau PA dia kot.

Masa kat dalam Dewan tu tak dapat tengok ngan jelas, jauh sangat. Lain kali kena bawak tropong. Skrin dia besar le(Dah nama Anugerah Skrin) Dapat le tangkap gampar ni walaupun dalam gelap.
Dah habis dah. Jom balik...  Ingat masa balik dah tak jumpa sesapa pelakon lagi. Sampai je  depan pintu aik sibuk pulak nak pose ala-ala macam pelakon popular hari tu le.
Masing-masing dengan gaya sendiri. Yang tak pandai bergaya pun buat bagi ada gaya.
Dah la berebut ngan orang ramai kat situ.
Haaaaaaa rasa nak jerit (jerit kuat-kuat). Dapat gak akak pose ngan sorang pelakon ni. Nama malas nak cakap la kan. Kalau tengok mesti jelesnya, tunggu. Masa jalan atas capet merah, tapi dah nak balik la, Akak tarik pelakon ni. Dia pun pusing alamak dik tak terkeluar nama dia, blank tak leh fikir apa dah akak terus cakap "Ha tak boleh balik lagi sebelum tangkap gambar ngan kita org" Walaupun dia macam terkejut tapi dia memang sporting habis.
Enjoy!!




Friday, January 21, 2011

Manik DiTudung Pengantin.

Satu-satunya tudung pengantin yang akak jahit dik.


Menjahit manik ni, akak buat untuk suka-suka je. Bukan nak bukak kedai, cuma buat kecil-kecilan dirumah, bila ada masa lapang. Designnya tak la berapa nak menarik..... lebih kepada ikut-ikutan yang ada kat internet tu.


Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh lah e-mail kat akak. effamohamednoor@gmail.com

Tuesday, January 18, 2011

Petua Membonceng.

1. Kita mestilah ada sebuah motor dan penunggangnya.


2. Pakailah Jaket agar x sejuk, panas dan hitam.


3.Tutup mulut dengan kain, dapat mengelakkan kita dari menghidu asap kenderaan yang dah lama takservices tu, fuh! asapnya hitam pekat, mampu menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Juga dapat mengelakkan kita dari selalu mendapat selsema.


4. Pakailah Helmet. Seperti yang telah ditetapkab oleh Kerajaan agar tak kena saman.


5. Pastikan takde baju atau kain yang terjuntai dekat dengan tayar, bahaya.


6. Duduklah dengan selesa, Peganglah penunggang dengan  cermat.


7. Pastikan kita sentiasa alert, dan jeling-jeling kekiri dan kanan agar tak terkejut bila ada kereta datang dengan tiba-tiba dan jangan tidur.


8. Gunakan helmet penunggan sebagai side mirror, boleh le cuba, ianya berkesan....


9. Gerakkan sedikit jari kepinggang penunggang sekiranya kenderaan datang dari belakang yang penunggang tidak perasan. Kalau datang dari kiri gerak jari kiri, kalau dari kanan gerak le jari kanan. Kali pertama mungkin penunggang tak perasan tapi lelama mesti dia cam.


10. Tolong hulurkan tangan untuk masuk simpang. Kalau simpang kiri, angkat tangan kiri. Biasanya tangan akan dilambai-lambaikan. Sekian....


SELAMAT MEMBONCENG.

Seseorang Seperti Dia

Wednesday, January 12, 2011

Ingin Menjadi Seseorang......

Baca Tajuk Je Dah Terbayang, Kita nak jadi macam tu lah.....(Celebrity ke, Artis ke, Pelakon ke fikir le sesapa pun..) .
Pernahkah Siti Nurhaliza terfikir akan jadi terkenal?
Pasti dia juga tidak pernah sangka akan jadi seperti sekarang ini. 
Cuba tanya pada seseorang adakah dia kenal Siti Nurhaliza?
Pasti Jawapannya "Kenal".



Ha sekarang tahukan maksud menjadi seseorang....



Bolehke aku nak jadi seseorang, ala macam Siti Nurhaliza.



Mintak korang komen la eh.....

trial

Nak tulis apa? first time tulis ni.