Thursday, May 26, 2011

Beads.....


Bila kah lagi dapat jahit macam ni ye.....
Ada sesapa berminat nak hantar baju untuk buat camni.....
Meh le... Bukan Mahal Sangat
Kalau macam ni harganya anggaran RM70.00 je...
Tengah Bosan ni sebenarnya...
Malam tadi baru siap satu baju, tapi oleh kerana akak tu nak cepat so dia buat yg simple je le....
Kalau nak buat yg havy tu kena tunggu barang seminggu dua....
Tapi tak sempat nak ambil gambar, tapi yg tu biasa-biasa je...
Teringinnya nak buat yg lebat sikit....
Ke yang macam ni.... baru kreatif.....
hantar la.... hantar la baju kat efa.......
rindu nak jahit ni.....



Tapi yang ni sebenarnya baju kawan, saja snap sebab nak tiru.......
Sampai hari ni masih ada yang teringin nak buat cam ni...

Tuesday, May 24, 2011

Suatu Perkahwinan

Salam Buat Semua, Hari ni effa nak kongsi gambar Majlis Perkahwinan yang telah berjalan lancar pada bulan April yang lalu.....  Dah basi? Mana ada......
Masih Hot lagi macam goreng pisang rangup, di Belog Kak Liza (ezadlieza blogspot) :-)

Ni le flower girl yang didatangkan Khas oleh Mak-mak dia orang, Comel kan...
Effa tak de anak perempuan... So Anak Buah ni le yg menjadi gantinya....
 Menjadi Mangsa Solekan Mak Cik Dia Orang. T_T

Ni Pengantin & Pengapit Bidan Terjun! Terjun Dari Tingkat 5 Je.......
Ayu kan dua-duanya.... Tapi dua-dua Dah Kawin tau......

Ni Pengantin & Kak Effa Eceh.... Control Macho tu Fewitt!!!
Konon Nak Kecik kan sikit Badan tu, Nak Bagi Sama Ngan Pengantin he he he <->

Masa Ni Flower Girl Dah Penat Menuggu, Dan Azan Sedang Berkumandang di Masjid Berdekatan...
So Kena Duduk Sesopan Sikit....

Aik Tengah Dok Siram Bunga Rampai pun Sibuk Nak Pose ....
Memang Dia orang ni Tak Boleh Tengok Kamera yang nak tangkanp gambar, Dia mesti buat Pose Punya....
Anak Sapa la Nie...... Jawab Kak Lin????? :-}

Pengantin Baru Dapat Kerusi Ha ha ha ...
Penat ke Jalan? Mas Ko tengok apa kat atas tu? Ada UFO turun ke?
Ha Baru Nak senyum Pengantin Nie.....

Ni Pun Anak-anak Buah, Boleh Kata Anak-anak buah semua sporting le....
Dari Kecik Sampai dah Tua pun ambil bahagian dalam majlis yang indah ini....
Shafiq - Control... Control - Control Kentut tu....  he he he

Ha Ni le Pahlawan-Pahlawan Dari Keturunan, Arwah Abu Samah Bin Malim Nara.....

Hebat Anak Buah Cik Effa Nie..... Bravo Bravo.....

Ni Pesilat yang didatangkan Khas Dari Banting, Ahli Keluarga Pihak Perempuan.
Teringin katanya nak bersilat kat depan pengantin dua sejoli nie....

Ni Antara Tetamu yang hadir, Tu yg si Kembar Kimi & Jimi Anak Buah Ku Juga.
Anak ku Juga mengambil bahagian? Tak Sangka Ada Bakat Terpendam Budak Ni.
tu Yang Terkang-kang lebar tu le. Anak Effa.... Nampak kan????

Amboi....... Bersahaja sungguh budak-budak ni, tak takut ke?
Terima kasih kepada Uncle Yus dia orang, yg banyak memberi tunjuk ajar, malah mengambil & menghantar dia orang semua pergi belajar Silat.

Ada Lagi.... Ewah...
Gambar dari Arah Belakang, Acak Miun Atap... (hanya untuk orang-orang yang mengerti)

Tirai Pahlawan Di Tutup....

Mengabdikan kenangan Bersama Pihak Keluarga Belah Perempuan, Dari Bating Selangor.
Ibunya yang di tengah-tengah, yang lain tu sanak saudaranya....

Pengantin nak Masuk Malaysian Idol, Tapi Tak dapat...
Nyanyi je kat majlis sendiri...
Ha sekarang sesi gambar kita orang pulak...
Asik Tangkap gambar orang je.....kan....

Ni La Ibu Mertua ku, Sayang Mak....
Sekian Untuk Kali Ini.....

Sunday, May 22, 2011

Bila Hati Berbunga Cinta....

Agaknya kalau hati berbunga Cinta bagaimana lah rupanya kan??


Ada tak macam bunga ni?

Lebih kurang kot....
Tapi bila tanya hati aku sekarang ni ....
Apa dia rasa....
Hati rasa takut...
Kecut, seram sejuk, dan macam-macam lagi lah...
Apa-apa pun hidup mesti diteruskan...
Biarlah apa mereka nak kata....
Tabah lah... Hati.


Thursday, May 5, 2011

Kenapa Tak de Gambar Manik....

Buat semua teman-teman, kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang ada ke abang nak baca belog ni? macam tak de je kan

Harap maaf le, lama sesangat le tak meng update belong ni...

bukan nya lupa. cuma kadang-kadang cak cukup masa...

Bahan dah banyak dibuat koleksi...
tapi sampai hari ni masih terperap kat dalam pc.

Tunggu masa yang sesuai...

Masa buat ayat-ayat cinta ini, effa tengah training excel kat PJ.
Rasanya kalau dok office tak dapat le nak bermadah kata ye..

Apa-apa pun terima kasih kerana menanti.