Pencinta Manik @ Beads Lovers
Terima Kasih Buat Kawan-Kawan Yang datang menjengah dari kejauhan.
Thursday, March 17, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Monday, March 14, 2011
Manik-manik Cinta 2
Manik-manik cinta.....
Sedap kan nama tu! akak suka......(panjang sikit sebut tu)
Ni baju rakan sepejabat...
Lama gak nak siapkan baju ni, Sebulan kot atau erti kata lain 4 minggu termasuk nak cari idea.
Biasanya idea ni datang dengan jenis kain baju tu.
Harga Baju ni kalau kat luar makan RM100 dik....
Tapi ngan akak kurang sikit.
Bukan apa akak buat ngan hati yang suka....
Memang suka jahit manik ni...
Kalau hasilnya menarik akak seronok sangat....
Sebab bukan senang nak senangkan hati orang dik...
Kalau tak cantik mesti hati susah sebab buat cam tak iklas...
Setiap jahitan akak memang lahir dari hati.
Dari hati dilakar menjadi bentuk.....
Kalau hati sedang bahagia mesti jahitan bertambah cantik....
Sebab tu la nama nya Manik-manik cinta......
Layanssssssssssss.....
Sunday, March 13, 2011
Tinggal Kenangan
Kenangan yang lalu, Masa ni Tingkatan 2 Kot, Biasalah Bila Hujung Tahun Mesti Ada Jamuan, Apa lagi diaorang sumer ni Pose le. Gambar akak tak de dik... Sebab akak le yang tolong ambil gambar ni.
Ruzaini ingat kan... Dia yang syor kan akak ambilkan gambar ni sebab tak ada org lain rela.
SMRPD - Masa kat sekolah kira aktiv jugak dik... Masuk Pandu Puteri. Kalau sekarang tanyak ikral nya haram, sepatah tak hingat!
Tengok tu kalau pose mula la nak over.... Akak memang cam tu ...... Cari le yang mana satu ek? Masa ni sumer masih comel-comel lagi....
SMBK - Kalau dah memang aktiv tu tak boleh nak lawan le...
Pantang je di ajak masuk Group, mesti join punya le. Ni Berzanji dik...
Seronok le masa ni sebab Menteri Besar Negeri Sembilan Datang... Bangga dik....
Sopan tu he he he...
Lepas Habis SPM sementara tunggu result akak kerja kat kilang ALPS kat seremban. Masa tu duk line... hah kalau pernah kerja kilang mesti tahu camna duk kat line tu kan. Masa akak kerja tu kita org sumer buat komponen remote control. Memang tak le lupa la ....
Habis Belajar akak merantau di Kuala Lumpur ni dik....
Banyak jugak le kenangan yang akak lalui....
Yang Pahit, Manis, Masam, Kelat Kira semua ada la......
Gambar ni akak kerja Kat UEM Berhad. Masa ni muda lagi, So apa je aktivi yang di adakan akak mesti ambil Bahagian....
Kira yang last sekali aktivi yg mencabar masa tu, Rasanya dalam tahun 2006 dik, Akak ambil bahagian dalam Marathon di Atas Jambatan Pulan Pinang....
Sepanjang 22 Kilometer, Pergi balik memang best le walau pun penat tak hingat....
Banyak gak aktiviti lain seperti panjat gunung, tapi akak tak masuk sebab masa sekolah dulu pernah gak le gi panjat Gunung Ledang.... Sampai puncak! tapi dia punya lelah hu.... tak terkata. Rasa sumer urat sendi dah longgar tinggal nak tercabut je.... tapi memang best gilerrr...
Ai ceh.... Post Maut le ni..... Sampai Sekarang dari Tahun 1997, akak masih berkhidmant di UEM Berhad.
Ni sumer gambar dulu-dulu, kenangan semasa badan comel lagi. Rindunya masa dulu-dulu...
Saturday, March 12, 2011
Cinta Monyet....
Masuk Je Tingkatan 1, Umur dah 13 tahun le. Rasa cam dah besar sebab pergi sekolah naik bas sendiri (maksud nya ayah tak payah teman lagi).
Dah jadi remaja la katakan. Pergi sekolah dah pakai kain biru cair. Wah cantik sikit dari biru gelap tu... T_T
Jam 6.30 pagi dah kuar rumah... walau pun memang selalu kena kejar Bas sebab lambat bangun.
Kalau dah lambat sangat terpaksa la Abah hantar hu hu hu... sian Abah. Marah-marah pun hantar jugak sebab abah memang faham le...
Biasa kalau lambat bangun gi sekolah sebab kena tolong abang kat kebun. Kalau dah Asal Usul orang felda memang tahu sangat le pasal petik buah kelapa sawit dan motong getah ni. Nama cam senang je PETIK! tapi bukan petik guna jari dik. Ni Petik guna Galah panjangnya 10 kaki yang ada sabit kat hujung tu. Penat dik... So lambat le bangun. Tersasar... Coup sambung balik..
Masuk sekolah jam 745 pagi. Macam sekarang jugak, kena beratur kat padang. Beratur masuk kelas.
Dalam kelas mula gatal, start main mata ngan budak lelaki sekelas. Nakal kan? Biasa la budak baru nak hidup sumer nak cuba. Nak Bercinta pun cuba gak le. Best kot bercinta ni. he he he
Abah hantara gi sekolah untuk belajar, tapi aku buat hal pulak.
Tapi masa sekolah memang seronok. Kalau boleh diulang semula...... rindunya....
Naz.... Tu je nama yang boleh diterjemahkan disini... cewah malu..... T_T
Masa dalam kelas sibuk pandang-pandang. Bila balik sekolah mesti tunggu bas kat taman. Dia datang dengan motor biru kalau tak silap. Dah tak ingat le apa citer-citer yang selalu kita bualkan.
Rasanya satu sekolah tahu aku kawan ngan dia. Sampai sekarang ada lagi yg tanya kat mana dia sekarang. Bagus betul daya ingatan diorang. Banyak makan DHA agaknya..
Biasanya kalau hari raya masa zaman dulu. Penuh dinding dengan kat raya yang tergantung, cantik..
Sekarang dah tak de benda-benda tu sumer. Budak sekarang dah tak guna kat raya, SMS je mintak maaf.
Tapi hubungan tak panjang masa tu, Habis sekolah menengah rendah tamat le kisah tu sumer. Disekolah menengah pulak tak de cinta monyet ni... Sibuk study konon nak SPM...
Tapi sekarang Masing-masing dah beranak pinak. Kalau jumpa mesti segan & mau kan...
Agak-agak macam mana kalau jumpa ek. Cubalah anda sumer bayangkan ' T '
Thursday, March 3, 2011
Anugerah Kelahiran....
Hari Ulang Tahun Kelahiran ku yang ke 30 lebih sikit. T_T
Rasa Bersyukur sesangat pada yang Maha Esa kerana memanjangkan Umurku..
Walaupun Umur ibuku sendiri rasanya tidak mencecah 30an, dia pergi menemuimu Ya Allah. Semoga roh Ibu ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman. Dan semoga roh ibu juga tenang dan aman disana.
Al-Fatihah untuk Ibuku, Kamsiah Binti Jaafar, Walaupun kepergiannya semasa umurku cuma 2 tahun lebih....
Susahnya hidup tanpa ibu kandung...
Didik oleh nenek yang sangat garang, Abang dan kakak tiri walaupun satu ayah tapi kami semua tetap berbeza.
Teringat waktu kecil-kecil dulu, hidup susah....
Nak buat milo secawan pun takut nenek marah.
Pantang berbunyi sudu dan gelas berdenting pasti kena jerkah.
Baju pulak jangan harap la nak dapat yang baru. Baju sekolah ke, baju raya ke, baju basahan ke... semuanya kira kitar semula.
Aku anak perempuan yang terakhir, kira baju tu hampir lusuh, baru aku pakai. Lepas aku kaklau baju tu cantik lagi biasanya sedekah kat orang lain pulak. Kalau tak jadi kain buruk, buat alas kaki
Bertuah sungguh anak-anak sekarang. baju tak sempat koyak pun dah jadi kain buruk.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada....
Hargailah orang yang kita sayang sementara dia masih ada....












