Monday, January 30, 2012

Family Days.....

Sekejap sangat rasanya Bulan January ni, Alih-alih esok dah February.

Lagi Tujuh Belas hari lagi, Masuk lah Umur ku 37 Tahun....

Lagi 3 Tahun Masuk Umur Empat Puluh.

Ya Allah panjangkanlah umurku, Sihatkanlah tubuh badan ku, Tetapkanlah hati ku pada Agama Mu....

Sedar-tak sedar anak dah besar. Terasa diri semakin tua.....

Memang ada pepatah "Live Begin at 40th" tapi SEMPAT kah?

Masuk kisah Family Days, Baru je lepas Bulan December
(Bulan dimana baru boleh bawa anak makan angin)

"Mama Tahun ni kita sambut Family day kat mana?"

Adus soalan cepumas ni!

Jawapan Cover dari Mama "Kita pergi la tempat yang kita belum pergi lagi"

Fuh!!! selamat untuk malam ini.

Tunggu nantikan soalan yang kedua esok......

Wednesday, January 25, 2012

Lirik OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira

Tuesday, January 24, 2012

Happy New Year 2012.


Rasanya belum terlambat lagi nak ucap selamat tahun baru. (dah lambat.....)

Buat semua pembaca yang setia, selamat tahun baru.

Tahun Naga Air bagi yang merayakan TAHUN BARU CINA baru-baru ni.



Banyak sangat kenangan Pahit dan Manis yang ditinggalkan. Akan tetap menjadi memori terindah.

Buat Tahun 2012 Ni Apa Azam kita ye...

Doa dan Harapan untuk Tahun ni Semoga Hidup Lebih Senang, Dan Kesihatan Menjadi lebih Baik,

Gaji Naik Banyak, Dapat Anak, Dapat Rumah Besar & Selesa Dan Semua yang Baik-baik belaka.

Azam Untuk Belog ni => Moga lebih Banyak lagi Entry-entry yang menarik lagi untuk tatapan pembaca yang setia....

Tuesday, January 17, 2012

Entry :-) Budak Comel

Dalam sibuk-sibuk mengemas, sempat lagi up load entry budak-budak comel ni.
Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni suka sangat tengok dia orang ni.
Rindunya nak jumpa.....
Tengok mata dia, pandangan penuh.
Ni la pandangan yang iklas.

Ha ha layan kereta, pandai pulak dia buat bunyi kereta masa main tu.
Bijak sungguh! hrm geramnya.....

Discussi telah bermula, negotiation tentang nak tukar mainan la tu....

Setia betul dengan sudu tu, orang snap gambar pun buat deq je budak comel ni.

Ha baru dia nak bukak mulut, nak cakap apa la agaknya.
Mata dia bercahaya, geram sungguh lah.
Orang sumer sibuk makan, dia pulak main nyorok-nyorok bawah meja.
O..Ot' ke?
Hesem & Paling petah berkata-kata, penuh dengan cerita.
Kalau siapa sanggup layan, sila kan. Sah-sah surrender.
Ni la masa yang dinantikan, semua tak sabar-sabar nak berendam.
Bila dah masuk dalam kolam, tak hingat!
Ceria bukan main lagi ni.
Tu dia gelak besar.
Cukuplah entry untuk kali ini. Kalau rindu kat budak-budak comel ni,
lain kali boleh la tengok kat dalam blog ni ajew.
tak yah bawak pen-drive gi memana kan?
Babai.....O.O

Tuesday, January 10, 2012

Bukit Fraser @ Fraser Hill

Setiap kali buka internet mesti citer yang tak best kita baca tentang Bukit Fraser.
Tapi bagi akak & anak sendiri serta anak buah "Not Bad apa Bukit Fraser"
Nak citer sikit pengalaman pertama di Bukit Fraser.


Apa yang perlu kita bawa ialah.
1-Baju Sejuk
2- Pakaian Luar & Dalam.
3-Toiletteries.
4-Lebih Baik Guna Sport Shoes sebab banyak berjalan.
5-Nasi yang telah di masak dari rumah seperiuk besar.
6- Dua jenis lauk yang anak-anak suka seperti Ayam Goreng Sambal & Ikan goreng Sambal juga.
 (takut dia orang tak nak makan)
7- Roti & Kaya @ Butter @ Jem apa-apa jew yg boleh dimakan bersama.
8- Maggee (yum yum)
9- Milo, Nescafe 3 dalam 1, Teh 3 dalam 1 apa-apa yg senang bawak.
Apa lagi ek..... dah lupa. Nanti kang kalau ingat akak tambah k =.=


Jalan menuju ke Pucak memang penuh liku & adventure, banyak pemandangan yg cantik-cantik,
 tak sabar rasanya nak sampai.


Bila dah sampai, terasa best sangat. Rasa macam dah lepas satu siksaan. T_T.
Baru je keluar kereta dah sibuk nak pose comel.


Ni kat dalam Apartment yang kita orang duduk tu. Memang best giler, asyik berkabus je, sebab tu namanya Fraser Hill kot. Dia orang ni kalau nampak kamera mula la nak pose comel. Biasa......


Sampai kat atas ni jam 1.00 tengahari, perut pun lapar. Sebab tu kena bawak nasi seperiuk dan lauk-pauk. Kalau tak mesti kebuluran la jawabnya. Lepas Solat & Lunch ni la aktiviti yang kita orang buat.
Mak-mak apa lagi, kasi layan HBO le. tak bagi peluang kat bebudak ni.


Hari dah petang tapi masih nampak macam pagi lagi. Dia orang semua dah boring duduk kat dalam rumah, menghabiskan masa dia luar bermain bola. Macam tak berpeluh je dia orang ni.
Tugas akak ni snap gambar diaorang le.


Padang jauh didepan, malas nak jalan la diaorang ni. Masa ni akak buat roti bakar letak peanut butter perh, sejuk-sejuk ni minum pulak nescafe 3 in 1 kasi layan lah.....
Korang nak main bola ke, main kejar-kejar ke korang punya suka. Mak-mak relax seketika.

Bila hari dah gelap masing-masing baru nak mandi tapi takut sejuk.
Dinner pulak. Habis sudah hari pertama dibukit Fraser. Mata dah kuyu jom tido.


Esok pagi-pagi kami semua dah kuar, Mula-mula kami gi sini, Allan's Water.
Nampak macam tak de mende.... tunggu.....

Ni la aktiviti kat Allan's Water ni. Naik bot. Satu Bot RM6.00 selama 15 minit je.
 Rasa sekejap jew tapi bila dah start kayuh, lengoh gak peha.

Akak pun nak pose jugak, walau pun kabur. Mula-mula macam takut nak naik
dah naik tak nak turun la pulak. Sampai kena panggil baru pusing balik. Best.....


Ni waktu dah nak keluar dari Allan's Water. Sempat lagi buat pose comel.
Kabus penuh.....

Lepas naik boat kita orang sumer pergi ke The Paddock.
Tengok je gambar tu dah tahu tempat naik kuda.
Anak-anak ni suka la dapat naik kuda ni.
Mak tak nak lah. Takut kuda cabut lari tengok mak ni besar bernow.

Cantik kan dia orang pose camni? Ha tengok la makcik dia, kalau suruh pose memang
menjadik ah. Nak gi naik kuda kena la jalan kat depan tu sikit jew.


Ni anak-anak naik kuda, layan.....
Kalau kat KL berjam-jam beratur tunggu baru dapat naik.
Satu round RM4.00 budak bawah 12tahun.
Orang dewasa tak ingat la pulak.

Ha dari tadi asyik ambil gambar dia orang jew. Ni time akak pulak nak pose.
OTW kuar dari ladang kuda tu le.
Sekali tengok ingat Ogy Md Daud & Mior Ahmad Fuad A.K.A Din Beramboi kan?
Ha ha ha perasan -.-


Ni la mercu tanda bukit fraser, tak sah kalau tak pose kat sini.
Nak dapat peluang berdiri kat atas tu jangan disia-siakan.
Kerana ramai sangat orang yang berebut nak pose kat situ.

Lepas penat berjalan kita rehat seketika di sini, cari tempat makan tengahari.

Penat berjalan luas pemandangan, nak sampai ke tempat air terjun ni kena la jalan 15 ke 20 minit kot.
Tapi bila dah tengok air terjun ni sejuk je hati. Indahnya ciptaan Illahi.

Ni masa nak kuar dari tempat air terjun tu. Lengohnya nak naik tangga ni. Masa turun tadi tak rasa pulak, curam betul. Dia orang dah penat la tu....


Masa nak keluar dari tempat air terjun tu, jumpa la ulat bulu ni, besar betul.
Banyak sangat makan makanan yang berlemak kot. he he he


Dinner, kita makan steak ye. Harga boleh tahan. 2 nasi goreng, 2 steak, kentang goreng,
3 milo suam & 2 air suamanggaran 58.00 hengget. ok? boleh lah kan.
Susah tau nak bawak barang mentah tu  naik kat atas ni.
Gambar ni jasa baik dari tuan punya kedai (mamat) yang tolong ambilkan.

Lepas makan kita shopping, beli cederahati untuk kenalan. Tapi harga tak tahan la.
Lagipun tak banyak pilihan.

Jam 11.00 pagi check out time. Dalam perjalanan turun, singgah pulak kat air terjun ni.
Anak memang tak lepaskan peluang untuk main air.
Mak-mak pose comel. Biasa.......
Makan sandwich minum sarsi boleh jew.....


Masa untuk pulang....

Perjalanan pulang bermula disini, Mata dah kuyu dek sinaran matahari yang 2 hari tak kelihatan.
Nasib cik abang bawah dengan cermat, walaupun co-pilot dok sedap layan tido.
Bye bye buki fraser....