Sunday, July 31, 2011

Nak Syer Gambar Su Kawin





Kenapa Berat Badan Naik Di Bulan Puasa??t_t

Bila bulan puasa berat badan naik, susah la kalau macam ni.....

Bila sebut puasa, badan kita automatik  kasi set baik punya - kena kurang pergerakan, kurang berjalan, kurang berlari, kurang naik tangga, kurang dan kurangkan segala-galanya kecuali makan semasa berbuka puasa.

Bila semua ini berlaku, so lemak menjadi bertambah lemak. Bila lemak dah banyak naik atas timbang, tengok-tengok dah 78kg (ini berat saya hari ini - hari pertama puasa - akan ditimbang semula selepas buka nanti jangan marah).


Cuma efa nak syer satu info menarik disini :-> sila rujuk gambar dibawah

Semua ni teori dari effa je, kalau korang rasa tak betul jangan la ikut ye....

Tuesday, July 26, 2011

Selamat Menyambut Bulan Rammaddan Al Mubarak...

Diam-diam dah nak masuk bulan puasa dah, Bulan yang pernuh berkat dah bulan untuk kita semua mendapatkan pahala yang lebih dalam setiap amal yang baik yang kita buat.

Marilah kita membuat kebaikan dibulan ini....
Ada sesiapa yang rajin bersedekah tu teruskan, kerana pahalanya akan bertambah dibulan ini.

Tak lupa buat semua teman-teman yang datang bertandang menjengok belog effa ni, terima kasih bebanyak dan datang lah lagi ye...
Effa pun nak mintak maaf diatas kekasaran bahasa kalau ada didalam belog effa ni. Kerana kita tak tahu bila kita berkata atau berkarya ada hati yang terluka & terasa....
Maaf kan daku, sekiranya daku bersalah. ecehh... sastera plak

Nak sebut sikit nama teman-teman yang sekarang berada dibenak hati nurani ini, kerana effa sentiasa ingat dia.......

Kak Mazila, Kak Maizan, Kak Karimah, Kak Ros, Shiela, Azian, Faizah, Kak Faizah, Muna, Kak Jue, Azlinah, Azie, Rohana, Aida Hanafi, Kak Fida, Azura, Rini, Aija, Suraya, Adik Manja, Kak Jam, Sazy, Siti Nazira, Saadiah, Nur Ain, Kak Mariam, Kak Mazney walaupun kau telah pergi tapi hati dan minda sentiasa teringat kan mu.

Dan buat semua kawan-kawan selamat berpuasa dan semoga setiap amalan kita diterima dan diberkati Allah.... Amin...

Sunday, July 24, 2011

Citer Pasal Seorang Gelabah Girl.....

Dia bukan seorang yang kalut,
Dia bukan seorang yang kilang-kabut,
Dia jugak bukan seorang yang tak tentu arah...
Dia cuma ada masalah jantung berdebar dengan kencang,
Perkara ini terjadi bila dia tak dapat selesaikan sesuatu perkara contohnya:-

Bila Boss Tanya Satu Soalan, Dia tak dapat jawab.
Maka Dia akan Bertukar Menjadi "Gelabah Girl"...
Sungguh mengharukan....

Barang Sesiapa yang Pernah Berjumpa Dengan Dia, Dalam Keadaan "Gelabah Girl" Bantu lah dia, Kerana Saat itu dia Memang memerlukan pertolongan anda....

Anda Tahu Siapa Di Si"Gelabah Girl".... Malu nak cakap...
Rasa Dah tahu kot..... tata

Monday, July 18, 2011

Manik Dibaju Kurung Pahang.

Terasa macam orang lain yang buat baju ni....
Sekali pandang rasa macam tak percaya bahawa effa boleh...
Masa mula-mula tu pening la jugak nak cari warna yang sesuai...
Biasa la kalau warna sejuk macam ni, bukan lah pilihan mata effa yang lebih suka pada warna terang.

Alih-alih siap je tak terasa lama, sebab ia berbunga-bunga syok la layan....

Bilalah nak ada rezeki lebih.... terasa cam nak beli camera yang canggih sikit.... tak macam ni kelabu.....
sponser! sponser!

Anggel dah cantik tapi gambar la kabur... heeee geram....

Yang Ni ok sikit.... lega...

Kalau Boleh nak dekat lagi.... Biar jelas....

Baju ni siap dalam 2 minggu, so sesapa yang teringin nak gemilang bergemelapan cam ni, cepat-cepat call effa.

Sapa lambat nanti Raya Baju dia Tak siap ha ha ha ha
(tapi rasanya tiap-tiap tahun baju tukang jahit yg tak siap)
hu hu hu

Apa-apa pun Buat semua teman yang datang melawat belog ni, Effa nak mintak ampun dan maaf sekiranya ada salah pada korang semua. Dan effa juga sudah maafkan korang semua. Dan kalau ada perkataan yang menyinggung perassan hati korang tu maaf la ye. Selamat Menyambut Bulan Ramaddan Yang Mulia, Sama-samalah kita berusaha merebut pahala dibulan ini. Jom Puasa.....

Tuesday, July 12, 2011

Makan Kenduri Cara Dolu-dolu....

Pada 25hb Jun 2011, Abah membuat kenduri Tahlil. Untuk Menyambut Bulan Ramadan.

Tapi apa yang effa nak citer pada sumer ialah, Makan Kenduri Cara Dolu-Dolu.

Zaman Sekarang ni kalau kenduri biasanya self services. Ambil nasi dan lauk pauk terus cari tempat nak duduk, makan dan balik.

Tapi abah masih kekalkan cara lama tu, sebab bila diperhatikan banyak nilai-nilai murni yang kita dapat, tengoklah!
Buah tembikai dan nenas disusun bersama, menampakkan kecerian warna disini.

Cantikkan....

Kendi air yang telah siap diisi air, bagi memudahkan tetamu yang hadir untuk membasuh tangan tanpa perlu ke singki.

Beberapa Mangkok Nasi yang masih kosong tunggu diisi.

Sedulang berbagai aneka lauk, yang telah siap di susun.

Ni lauk orang jawa, sedap kan....

Bermulalah majlis tahlil......




Sempat pose dengan anak saudara masa tahlil tadi....

Inilah nilai-nilai murni yang diperkatakan,
berkerjasama dalam urusan menghidang makanan.

Tengok abang-abang hensem yang datang membantu, walaupun kena panggil baru datang he he he.... tolong jugakkan..

Makcik-makcik juga sibuk membantu....

Nilai murni yang terdapat disini, kalau kita makan ambil sendiri, kita tak sempat nak berjumpa dengan orang lain. Kalau makan dihidang begini hubungan kejiranan menjadi lebih mesra... (sambil makan mereka bercerita)

Cantikkan suasana begini.... semua makan tanpa segan untuk tambah nasi. Kalau self servis tu kita malu nak ulang tambahkan. 
Inilah ibu-ibu yang banyak membantu dalam penyediaan makanan.
Hebat meraka semua, ringan tulang.....
Nilai murni yang terdapat disini sambil menghidang sambil bertukar-tukar resepi baru ha ha ha...

Ini cik rubiah, memang rajin acik ni, masak pun pandai. Kecik-kecik dulu selalu singgah rumah acik ni makan nasik. Semua lauk yang dia masak sedap-sedap belaka. Terima kasih cik yah, jasamu dikenang.

Tak cukup di ruang tamu, ruang nak ke dapur pun penuh dengan jiran dan sedara mara.

Meriahkan....

Anak-anak yang menghormati orang tua mereka, makan diluar dan tak mahu mengganggu orang dewasa makan di dalam rumah.
Enjoy!

Pose lagi selepas semua tetamu pulang... apa lagi kasi kemas le....
bye...:-)