Monday, October 31, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti....

Mesti kakak2x dan abang2x sumer ada dengar dan guna pepatah kata diatas ken....

Tapi ada gak yg dah patah tak tumbuh-tumbuh =!=

Contohnya:- Gigi Kekal, kalau dah patah mana ada tumbuh lagi, rongak la ..... kalau tumbuh pun yang gigi palsu dah tak sama ngan gigi asal.

Pepatah kata diatas tiada kena-mengena dengan gambar manik yang akak up-load ni.

Layan jew le....
















Sunday, October 30, 2011

Mana nak dapat Idea baru ni?

Sebenarnya Otak ni dah habis kering nak di perah pun dah tak boleh.
Semua idea dah habis dicurahkan.....
Mana nak dapat idea lagi?

Kepala dah naik pening bila nak cari idea baru untuk baju-baju ni.....
Layan je lah walau pun ianya nampak biasa....

Sebenarnya baju ni dah cukup cantik, ditambahkan dengan manik lagila  menarik biji mata yang melihat.

Penat memerah idea dapat juga setitik dua, ini la hasilnya...

Dapat idea dari Aida, sowy aida i follow your idea..... jangan marah eh,
nanti akak belanja sandwich eh...

Camera murah macam ni la gambarnya, kejap okey kejap tak......

Perasan tak kali ni gambar tak de tulisan effamohamednoor.blogspot.com atas gambar tu....
sebab tak leh nak gi photo editing kena blok. urm geram.....

Banyak guna manik untuk baju ni......

Banyak sangat warna, jahit sekali pandang tempat lain nampak pelangi..... wa cakap lu....

Gambar ni kabur la.... abang bila nak beli camera Nicon D3X....... RM 9000.00 tu.....
Ala belikan yang Nicon D3100 baru RM 1500 lebih jew, pun dah okey... ye bang...

Abang: Mana la abang ada duit banyak tu, kalau ada pun abang dah guna untuk bayar kerbau hitam kat luar tu.........
Istilah kerbau hitam itu => Kereta.......

Wednesday, October 12, 2011

Manik Yang Kabur....






Mesranya Raya Office Kita Orang.

Ha Nak citer lee sikit pasal Jamuan Mesranya Raya Kat Office kita orang Hari tu.
26 September 2011. Zarizan Ha layan........
Ha Kerja keras kita orang untuk hasilkan sebuah gerai (stall).

Bukan akak jew yang kerja keras, yang lain-lain pun sibuk jugak nak hias gerai dia orang sumer.

Oleh kerana belog ni akak yg punya, gambar akak jew le yang interprem, jangan la marah ye.

Ha, tengok! Laki korang ada berani tangkap gambar cam ni?
Huh alamat frust tonggeng la korang. Akak sporting dik non....
Ala bukan abang nak kat budak tu pong, tangkap gambar jew.
Akak tak jeles orang lain pulak yg iri hati. Apa kes??????

Ooooo artis, rupanya sapa tak minat akak pun minat gak.....

Ni bakat-bakat tengelam dah timbul.....

Posing-posing, sate sapa nak jaga! Kang Hangus la pulak....

Amaboi dua sejoli ni......

Tu dia orang kuat admin department.
Tengah potong lemang, terliur la pulak tengok gambar ni......

Bawang tu sebagai hiasan jew ye.... 

Daun tu nak buat ketupat, sempat lagi walaupun masa dah singkat.

Akhirnya menang juga, Penat lelah menjadi Projek Manager buat Stall berbaloi. Walau pun bila dah tolak bahagi campur darap cuma dapat Ringgit Malaysia 11.00 Hengget seorang. Jadi lah...
Terima Kasih Buat semua yang terlibat.... Kerjasama ada amat kami hargai...

Wednesday, October 5, 2011

Dah Habis Mencecer! Kita Kembali Menjahit Manik.

Akak suka bangat baju kaler ni, terasa naik seri dimuka bila sarung baju atau tudung warna ni. (Perasan sendiri, orang lain tak kata pun :-) he he

Nak tengok le baju yg akak dah siapkan minggu lepas, lupa lak tarikh.



Layan je la dik non.