Thursday, June 30, 2011

Beads on Baju Kurung

Beads on Baju Kurung.
Nice & Simple...










Sunday, June 26, 2011

Manik Di Baju

Up load terkini, masih panas baru siap minggu lepas. Hantar cepat nak cepat, tu dia terkang-kangkang membuatnya.
Sampai menahan mata sehigga jam 3 pagi tu...
Ni lah hasilnya.



Nasib tak buat sampai belakang, kalau tak terbeliak bijik mata ha ha ha ha. T_T Layas....

Friday, June 24, 2011

Baju Raya.....

Tajuk diatas bermaksud, Raya dah Dekat. Time ni Kamdar, Gulatis, Nagoya, Nilai 3 tak kertinggalan gerai-gerai kecil diPekan-pekan sibuk Membuat Jualan Murah. Menjual kain ela untuk di tempah membuat Baju Raya. Malah untuk dibuat langsir juga, la kedai Cat pun ambil bahagian juga buat sale rupanya. (nak habis kan stok tahun lepas katanya) T_T


Tapi Bila ingat pasal Baju Raya, terlupa pulak pasal puasa tahun lepas punya tinggal masih belum ganti. Arraaah....
Bila nak Start ganti ni, kang kalau tak ganti kena ganti jugak 2 kali ganda + beras lagi. -_-


Puasa! Puasa! Puasa! Baru buat sehari pun dah tak larat....
Macam mana la bulan puasa nanti nie.....
Makin tua makin tak kuat rasanya badan ni... (alasan......)

Ha buat teman-teman yg masih belum berganti puasa tu...............
moh le kita puasa sesama......

Jom Puasa Caiyok! caiyok!
Rindunya time jamuan raya masa kat P2B dulu.........
Sapa nak bawak kuah kacang??????


Tuesday, June 21, 2011

Daun-Daun Wangi...

Nak Citer pasal daun-daun wangi ni.
Ada le beberapa pokok yang ditanam di sebelah rumah tu...
Antaranya...
Ni namanya Pokok Bunga Kantan. Masak Asam, Buat Gulai Ikan, Kerabu, Laksa perh... sedap mak ai. Kalau ada daun ni sedap la sikit masakan kita walaupun sebenarnya tak pandai masak ahaks....


Ni Daun Kari, Dapat kat mamak mesti gondol pokok ni, sebab asyik masak kari. Kalau goreng ayam berempah pun wangi kalau letak daun kari ni. Satu kampung tahu.......


Ni daun kesum, biasa digunakan untuk masak asam.



Daun Pandan, memang banyak kegunaannya. Selain untuk buat masakan, malah wangian dalam kereta pun boleh. Tapi kena letak banyak-banyak baru ada baunya.


Ni pokok serai namanya, ha lalang.....
Macammana orang sekarang ni nak beza lalang ngan serai pun susah. Serai ni akak main cocok je kat tanah tu ha. Alih-alih membesar jugak. Kalau Masak lemak cili api ayam letak le serai ni mesti terangkat lah. Letak banyak pun tak pe, tak memudaratkan pun. Terasa nak makan ayam masak lemak cili api la pulak.... Ok lah buat hari ni, esok lusa kita sambung bab manik pulak. Okie bye......................

Thursday, June 16, 2011

Manik Minggu Ini

Manik terbaru Minggu ini, Siap dalam 2 setengah minggu je kot. Lambat jugak sebab rasa macam banyak sangat hal minggu lepas.
Apa-apa pun saksikanlah jahitan manik terkini dari effa
Ok tak? Boleh lah kan... Tapi kalau jahit manik Ada KPI macam kat kerja kat office, mesti nak buat lagi cantik kan.


Camera tak mahal so gambar kena snap banyak kali.
Naik heran suami tengok.


Lain kali kalau ada yg nak buat camni, nak try letak sequing dua lapis pulak. For sure colornya lain la pulak.


Sesekali jadi serabut cantik jugak kan.
Ha ha kena serabut selalu la ni.


Lagi,


Lagi,


Dan Lagi...


Tak habis lagi ni....


Ha habis dah...

Wednesday, June 8, 2011

Setiap Yang Terjadi Itu Pasti Ada Hikmahnya.....

Minggu ini merupakan minggu yang amat panjang. Dengan mana Urusan anak yang sudah berusia 12 tahun (nak buat IC katanya), aku juga akan menghadiri Krusus di Mohrib. Suami dengan urusan kereta yang dah macam nak pecah enjin. (Harap dapat la tukar kereta baru.......)

Kelmarin pula aku digembarkan dengan satu berita yang mampu membuat jantung terhenti seketika. Ayat yang pertama keluar dari hati ku.... "kenapa semua ini terjadi pada kami sekeluarga".

Setelah berfikir sejenak, Baru ku terfikir, bahawa Allah sedang menguji ku. Walaupun orang lain yang menanggung penderitaannya, tapi aku sebagai Kakak risau juga.

Adik...... Semoga diri mu tabah disana. Akak pasti kamu tidak bersalah. Dan percayalah setia ujian yang Allah beri itu ada Hikmahnya. Percayalah dengan ujian itu juga memberi maksud bahawa Allah masih menyayangi diri kita Janganlah berhenti berdoa, kerana Allah juga mengharapkan doa dari kita......

Hari ini pasti adik pulang, dengan membawa satu kebenaran. Bawa dia tidak bersalah.......

Ya Allah aku bersyukur dengan ujian ini......
Terima kasih ya Allah, dengan ujian ini juga aku terasa dekat dengan mu.....

Thursday, June 2, 2011

Serpih Jahitan Manik Bulan Lepas

Tengok le, Baju Ni Bulan Lepas Dah Siap. Tapi Asik Buat Kotak - Masuk kan file dalam Kotak - Tutup Kotak. Maka Tak Sempat le nak men up-load nya.

2 Minggu akhir ni Dah pindah tempat kerja Baru. Company Lama - Boss Je yang baru. Hai Boss T_T (Kalau Boss Baca le ye) Nama Boss Baru Ismail Radzi (ha ha ha Bukan Nama sebenar).
Ni baju Kak Mazidah Kalau tak silap,
Dalam-dalam nak berhenti tu sempat jugak hantar satu baju.

Warna tak terang kan....
Maaf le belum mahir lagi buat pokok idup... nanti le effa belajar.


Ni Baju kak Midah, sejuk je colornya... sedap mata memandang.

Kak Midah.... Effa buat simple je jahit manik tu, Kang lebat takut pulak akak tu nak pakai kan.....
okey cau dulu bye....

Nak tengok le manik-manik cinta yang effa buat ni eh... Layasssss...