Saturday, February 19, 2011

Jahitan Manik 2011

Rindu ke nak tengok jahitan manik?
Ni akak ada upload gambarnya...

















Kalau ada sesiapa yang berminat boleh le e-mail kan ke

Sunday, February 13, 2011

Lagi Pasal Futsal.

Futsal ni bermaksud:- Permainan Bola kaki di padang yang kecil. (Betul ke?)


Futsal ni bagus untuk kesihatan.


Futsal ni jugak bagus untuk merapatkan lagi hubungan sesama jiran dan sanak sudara dan ipar duai.


Masa main futsal kita boleh jerit kuat-kuat, nak tergolek guling-guling, nak joget-joget, apa-apa pun boleh.


Nak lepas geram pun boleh gak contoh :- Jerit kuat-kuat Golllll....
mesti lepas tu rasa lega. cuba la....


Akak ngan anak buah comel kan. (sebab untie dia cun he he)





Me & my dear hubby. Lovu u bebeh.


Lagi... (jgn jeles)



Ipar duai yang dah penat menyokong.



Ni la pemain futsal wanita kita. Hebat kan









Layazzzzzz.....

Monday, February 7, 2011

Futsal

Nak citer cammana ek? Lantak la asal korang sumer paham dah le ye. Hari itu 5 February 2011, kami sumer mengadakan family futsal. Terdiri dari pakcik, makcik, anak-anak buah yang ramai dan rakan-rakan mereka.


Sempena cuti CNY akak pergi beli hadiah untuk futsal itu nanti, dengan budget RM5 seorang kali dengan 20 orang dapat le RM100. Pening gak nak bagi apa, kira tolak campur dapat la barang dibawah ni, siap dengan kiraannya sekali.



Ini tidak termasuk padang yang di Taja Oleh Gemilang Canopy, Grill & Awning Uncle Yus (Nama Sebenar Idroes).


Hadiah Top Score :- Ditaja oleh En. Zulkiflie (Laki akak tu).


Hadiah Pertama :- Tuala Mandi Anak RM6.9 + 1.90 Twisty kali 5 = RM44.00


Hadiah Kedua :- Mamee Slurpp RM3.9 + Topi Syarikat (free) kali 5 = RM19.50


Hadiah Ketiga dan Keempat :- Kacang RM2.9 Kali 10 = RM29.90


Lain-lain RM7.00




Mengundi time, tengok le muka-muka pemain yang mengundi ni, bujang lagi tu. Yang baju oren ni akak punya, jangan cuba nak kacau. Sekali terkena semis mesti nangis.....
jom mengundi untuk pilih pasukan bukan pilih parti politik eh, walaupun pemain terdiri dari Parti Politik BN, PAS, KEADILAN, eh DAP pun ada! (Satu Malaysia....)









Team A ";" Amirul, Shafiq, Zahan, Syafiq Aziz and Syahmi (Muda Belaka)
Team B ";" Pak Te, Pak Long, Imus, Ijan and Yusri (Ada 2 Warga Emas disini)
Team C ":" Uncle Yus, Cik Am, Dea, Obiz and Cik Botak (Warga Pertengahan disini)
Team D ";" Babah, Cik Joi, Acu, Arip Panjang (panjang ke?) dan Arip Hj Halim.




Nak tangkap gambar kat padang guna kamera akak tak cantik dik, gelap dan kabur je... biasa la kamera cap ayam...
tapi ada la gambar yang boleh dikongsi.







Games start at 9.45pm lewat sikit seperti yang dijanjijan. Ini disebabkan hujan petang dan padang basah, terpaksa diselenggarakan agar kering.
Nasib main wakktu malam, kalau siang tak larat dik mesti kulit jadi gelap sebab panas + malu kat orang lalu lalang.









Penat jugak jadi penjaga masa ni, terbabas banyak kali. Tapi Buat-buat cam perfek je dik non he he he.


ThANKS tu Nurul, yang menjadi pencatit markah. Kerana Nurul je yang tahu macam mana nak tulis kat jadual perlawanan tu.


Cik Noi jadi kamera women. Saksikan perlawanan yang diambil oleh kamera woman kita.
Suara latar ditaja oleh cik mas, cik inoi, cik kecik-kecik dan cik effa (akak la tu :-)

(Harap Maaf Video susah nak up load)







Kita orang main sehingga jam 11.45pm, Satu GAmes 10 minit. Bebudak kecik dah merengek nak main gak. Cian diaorang ....


Ingat next time nak buat games untuk bebudak lak. Pemainnya seperti:-


Syahmi, Ira, Hidayah, Mamat, Haikal, Nabila, Israq, Ain, Jimi, Kimi, Irfan, Wawan, Suhaila, Eisya, ada sesiapa lagi yang tinggal? tolong komen dibawah k....


Sesi penyampaian hadiah tak larat nak citer dah, ha tengok sendiri lah eh......
Suara tak perlu guna mikropon  tu.... Rasa satu Taman boleh dengar...















Buat semua peserta yang berjaya & yang kurang berjaya TAHNIAH!!


Buat ibuk-ibuk yang hadir memberi sokongan tu TERIMA KASIH BEBANYAK.


Buat anak-anak buah yang kekecik yang tak dapat main tu jangan sedih eh nanti kita buat lagi pertandingan ni okey.

Sunday, February 6, 2011

Manik Terkini

Hari ni tak de citer cuma nak letak gambar manik yang terbaru je. Ada gambar tu tahun lepas punya. Tapi baru dapat upload hari ni. So tengok le ye....





Tuesday, February 1, 2011

Derma Darah.

Kenapa tajuk hari ni lain dari biasa, penat jugak kalau asik citer bab manik blink-blink ni. Hari ni saja le nak syer pasal Derma Darah, So kalau pergi derma nanti tak de la rasa cam nak pengsan pulak kan.... Ramai dikalangan kita takut untuk derma darah ni, sebab takut jarum kan???? (akak pun takut dik) ;-p he he.

Apa yang akak nak kongsi harini, macam mana atika dan peraturan Derma Darah.

So sebelum pergi tu elok le kita mandi bersih-bersih dulu, takut kalau terbawak bakteria palkkan. Pastikan tidur cukup, sekurang-kurangnya 6 jam. Rasa sumer org tahu he he he.
Kalau lapar baik kita makan dulu sikit buat alas perut....





Okay dah sampai ke mana-mana tempat yang ada buat Kempen Derma Darah atau ke Pusat Tabung Darah Negara, alamat disediakan bagi sesiapa yang tak tahu :-)

PUSAT DARAH NEGARA
JALAN TUN RAZAK,
KUALA LUMPUR.
TEL:03-2639 3888
FAX:03-2698 0368



Mula-mula kita daftar nama kita kat depan sekali, Lepas tu kita pergi ke meja yang kedua, nurse akan ambil ukuran tinggi dan berat badan kita. Masa ni kita dah start berdebar ni (akak yang tulis pun teringat macam nak gi derma plak berdebar ni he he he) anggaran ukuran tinggi 159cm, berat 75kilogram. Memamg berat giler he he he layak untuk derma dua pain darah ni.


Dah lega kita pergi meja seterusnya, nurse ni akan ambil tekanan darah kita. Masa ni kita dinasihatkan agar duduk menyandar agar kita rasa relax, bila nurse ambil tekanan darah tu (blood pressure). Kalau tekanan darah ok, macam tak de darah tinggi boleh le derma.

Ada lagi tapisan, yang ni debaran datang kembali hu hu hu. Masa ni jari harus lah dihulurkan kepada nurse yang bertugas, awas satu kejutan akan terjadi he he he. Jarum dicucukan ke jari hantu dan setitik dua darah diambil untuk menentukan jenis darah dan darah memang boleh didermakan.


Masa untuk mendaftar kan nama dalam data Tabung Darah Negara. Dah siap? Tunggu....

Selesai urusan tapisan dan mendaftar sepenuhnya, masa untuk kita iklas kan hati walaupun debaran semakin rancak (rasa cam nak terkeluar jantung ni).



Baring diatas kerusi malas yang disediakan, tentukan dulu tangan mana yang kita nak guna untuk derma darah tu.

Nurse akan memeriksa nadi atau saluran darah yang kelihatan. Sabar, kalau takut pandang kearah lain atau tutup mata. Sebenarnya tak sakit langsung derma darah ni (betul), cuma kita memang rasa takut kan jarum yang akan menusuk ke tangan kita dan darah akan mengalir ke tabung plastik tu.

Masa darah sedang mengalir kita kenalah gerak-gerak kan tangan kita agar darah mengalir lebih cepat kedalam kantung darah tu.



Dah siap.... Baring seketika, jangan lupa minum milo dan makan roti dahulu (biasanya ada disediakan) kalau rasa nak tambah darah cepat boleh lah ambil ubat yang disediakan.


Ok dah boleh sambung kerja. Bye.....